Tuesday, February 15, 2011

salam maulidurasul

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

hari ni merupakan hari cuti...
cuti sambutan MAULIDURASUL...
12 rabi'awall 1432H....[tiba2 teringat lagu nasyid lama...nyanyian tak ingat..."rasa suciku lembaran sejarah suci kota mekah...hari yang indah penuh sa'adah bermula la sebuah kisah....malam isnin subuh yang indah 12 rabi'awal yang cerah...20 april tahun gajah bermula lah sebuah kisah]

salam Maulidurasal... :D

rindu zaman sekolah rendah...pakai lawa2 untuk sambut maulidurasul
...bebas...
boleh pakai baju kurung [pakai baju raya :D]
buat persembahan...nasyid...lagu iman mutiara...
...makan ramai2..pastu selawat ramai...


****************************

......jom kita hayati.....

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

-youtube-
raihan-alangkah indahnya hidup ini...
klik disini...

" Ya Rasulullah...sesungguhnya aku merinduimu.. semoga air mata yang mengalir kerna mengenangkan pengorbananmu menjadi syafaat buat aku di akhirat kelak...."

~salam kerinduan~

bionik~

Monday, February 7, 2011

jadi amalan..

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

++++++++++++++

setiap pagi rutin harianku bangun diawal pagi...
seperti biasa..bersiap2 untuk ke tempat practikalku..

seawal 6.50 pagi (eh nak dekat pukul da)..aku melangkah ke rumah abangku...jarak antara rumah kami hanya la 2 meter setengah... :)

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


berbekalkan sebiji kereta yang dipandu oleh abangku ,
yang dimuatkan 6 orang, meneruskan perjalanan ke jalan pengkalan chepa.

seperti biasa..abangku akan menghantar anak-anaknya ke sekolah
SEKOLAH RENDAH SRI AMAN
yang terletak di jalan american...(belakang billion)..
dan aku sebagai mak saudara yang perihatin melakukan tugasku harian iaitu pergi ke KOUSRI untuk meletakan beg pakaian mereka.. :)
(sebelah sekolah tu je)

kemudian kereta itu menuju ke MPKB dimana tempat kak long selaku kakak iparku bekerja...selalunya kak long akan print in jari dan kami ke kedai makan HOVER yang terletak berhampiran MPKB.

*air radix+roti bakar+telur masak separuh=errkk...alhamdulliah*
makanan yang aku selalu order...
(sebenarnya tak pandai nak makan benda lain..hahhahaha...)

setelah perut kami diisi oleh makanan2 td...
maka kereta itu bergerak menuju ke MPKB kembali untuk menghantar kak long...

tinggal lah aku bersama abangku...(selalunya dia lah yang menjadi pemandu...sbb aku duduk dibelakang..hahhahaha)...
sambil ditemani oleh MAHIR ZAIN.....

dalam lingkuangan 5 minit..maka sampai lah kami di JALAN BONGOL dimana tempat aku berpractikal sekarang..

NOR BAHRUM & CO..
sebuah syarikat peguam yang cukup terkenal di kota bharu..(kalau tak silap..nanti saya ceritakan..)

setelah mendapat tempat parking..aku keluar sambil menghidup udara yang masih lagi segar dan "show me the way...show me the way...insyallah..insyallah..insyallah..."...(nyanyi lagu MAHIR ZAIN..)

tiba-tiba...waktu abangku membuka pintu office..

"ish2..apo nih....ore pagi2 baca la zikir2...baca ayat2 pelindung...baca la:-



baru la ******** antara qado' dan qadar...


deng!!..

kan dah kena...tu la padan muka...

tapi

TERIMA KASIH ABE....

alhamdulliah...sapa ari ni kah amal lagi ayat tu.... :) ....

~aku yang bertuah~






p/s...********<---------tok ingat perkataan gapo...nati la saya fikir balik...

neko nik

Friday, February 4, 2011

"sakit"

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.
Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.
Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Taghaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.
Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.
Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.
"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.
Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).




wallahu a'lam.....

p/s : crdt to iluvislam.com..

Tuesday, February 1, 2011

bila kak long kata-kata.....



"kah...kalu nok cari bakal suami, cari wak suko g semaye masjid...pahtu...nati lepas nikoh, kalu dio tok g, kah jange maroh...mungkin dia kena berkerja...tp tegur la dio..nati dio pecen esok-esok... kalu dio panje umur...tak dop tempat lain dio tuju...
masjid la jawab nyo.."

"kalu gtu..tok leh pilih bakal suami wat suko lepok-lepok la...sbb nati tua...dia misti suko lepok jgk...contoh kat keda kopi.. :D"

(------------------------------------------------)

  • kaya @ miskin jangan dipandang..asalkan kita selesa hidup bersama...

  • rupa paras tak kesah...asalkan sedap mata memandang..

tapi

  • dari segi agama kita kena ambik kesah...sebab dia lah yang menjadi petunjuk kita, sama ada ke syurga atau ke neraka...

*********************************

~diam itu lebih baik...


~aku menyintaimu krn agama yg ada pdmu,
jika kau hilangkn agama dlm dirimu,maka hilanglah cintaku pdmu.