Friday, December 28, 2012

sambungan allah know best

28 disember 2012..
lagi tiga hari kita akan ke tahun baru...
welcome 2013.

28 disember....
iwa...saengil chukha hamnida...
(besday adik saya yang ke 15).
tapi tak nak cerita pasal beliau..

tragedi 28 disember 2011..

genap setahun tragedi ni terjadi..
bak kata hakimah ; dipetik dari facebook nya
"Langkawi 25 - 27 Dec.3 hari yg mmg full, pack dan sewaktu dgnnya. Alhamdulillah, wlau ad musibah brlaku otw balik rumah tp smuanya insyaAllah selamat (:Album ni asalnya guna BM baku, tapi ahhahhaa bahso klate lagi sedak laaah.Random:Hari last, masa baru trun feri kat Kuala Perlis dpt messages dr maahadians brturut-trut. Result SMU ; "

masih ingat lagi waktu kejadian..pukul 3 pagi...perjalanan balik dari langkawi (percutian keluarga) 
dalam 11 kilometer lagi untuk sampai ke rumah
tapi ada kejadian yang tidak disangka berlaku..

kami kemalangan...agak teruk la jugak sebab salah seorang dari kami kena masuk hospital...

jeng..jeng...jeng...


"Beginilah keadaan kereta yang dipandu Nik Fathi selepas terlibat dalam kemalangan jam 3 pagi sewaktu dalam perjalanan pulang dari Langkawi.Mangsa dikatakan mengantuk lalu terlelap dan terbabas dan merempuh kedai basuh kereta.Sekian berita dari Sabak News."

Allahuakbar!!


cuba teka siapa dia...
i
i
i
i
i
i
i
i

jeng..jeng..jeng...


yes..i am....
3 hari berada di wad..
dalam study week pulak tu..
4 hari nak final....
selama dua bulan kena berpantang...
tak leh makan tu...tak leh makan ni..

ehh..lupa pulak nak mention hanya bahagian mata yang agak serius.
mana tak nya...saluran air mata yang terputus.
doktor cakap
"...nasib baik awak tak pakai contect lense...kalau tak lagi teruk"..

waktu kemalangan tu saya berada di sit belakang,,,kereta dipandu oleh abangku ke berapa ek???...ke 11 kot....
dalam kereta tu ada lima orang...ayah, abe e, cik. iwa dan saya.
dan mungkin abe e mengantuk dan terus langgar kedai basuh kereta..
"abe e..tok payoh la nok basuh keto male2.. =_________="

masa kejadian tu berlaku...
sempat lagi cakap dekat abe yom..(abang paling sulong)..
"abe pah kah nok final ganoooo..!!"
masa tu pernah terlintas nak give up untuk sambung degree..
seriusly..
ye la dalam keadaan macam tu..main dengan emosi tak stabil kan..
(tu la orang lain study week membaca...kita pergi jalan-jalan)

tapi allahamdulliah sekarang dah sem 5...(tak jadi la tu)

........k. bye........


"berhati-hatilah dijalan raya..ingat orang yang tersayang:


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita

Sunday, December 23, 2012

belated besday

Assalamualaikum....

entry kali pasal saya punya besday...

dah lepas dahh...
6 disember 2012 = 20 +++  tahun....

first of all...thanks to my "adik-adik" a.k.a my roommate for bufday cake...hahahha
korang ni tu tactic lama laaa.....buat la yang lain skit....hahahha....
apa-apa pun thank you very much..

tepat pukul 12 malam bersamaan 6-12-2012 ramai-ramai datang ucap hepi besday walaupun masa tu kami semua tak cukup tangan nak siap kan assignment...sebelum tu dah warning dah tak payah nak buat yang bukan-bukan macam tahun lepas...bertambah curiga bila handphone mereka-mereka berbunyi...
saya: han...awok x perlu wat plik2 la dehhh....
han:...wat gapo...tok pehe ehh...
saya : elehh..mace la saya tak tahu....tambah-tambah tepon sep awk bunyi sekali..
han:..koya la awk nik...sep-sep ni tak dok masa nok laye awok....
.hahhaaha.
then diorang semua kalau datang dengan tangan kosong memang tak sah...ada je "buah tangan" tambah-tambah geng "isteri popeye" a.k.a fara....hahahha...

lepas je diorang keluar kitaorang terus je sambung assignment tapi dalam hati 
"fuh!!...lega tak kena macam tahun lepas".....baik-baik je adik-adik tahun ni....
dan malam tu...entah la kitorang pun tak pasti kitaorang tidur atau tak..

keesokan harinya pukul 8 pagi lagi dah ada kelas dan kami kena submit assignment 
the Business Process Re-engineering...
(benda ni lah yang membuatkan kami tak tdur malam..ngerii)
then kelas macam biasa habis pkl 4 setengah petang.
dan macam biasa rutin kami pada petang khamis..
ke PASAR MALAM..

dalam pukul 7 petang sampai rumah...
bersiap-siap utuk solat magrib..
lepas je solat magrib 
pusing belakang 
"hepi besdayyy!!!"
then ada kek yang cantik...


tq friend! :)

Wednesday, December 5, 2012

kisah lama setahun dahulu...

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


ya Allah berhabuk suda blog ni...
seriously jadi student degree memang mencabar..
memang tak cukup masa..
8 pagi pergi kelas 10 malam baru sampai rumah...
untuk tengok running man pun siput2 je..

ok..ok..ok..ok...ok...
disebabkan masa tak mencukupi dan malam ni ada kelas prof baharom (belanja KFC)
we go to straight the point....

disebabkan sekarang ni musin CONVOCATION so...
teramat jeleous bila junior2 menguplod gambar2 konvo mereka...hahah...(ada patut)...
so tiba2 kenangan-kenangan masa konvo itu kembali berputar2 di kepala...

ari tu dah cerita dah pasal PRE CONVO...

sekarang nak sambung balik....hehehe...

29-10-2011

Ayah,Cik, abe yom, kak long, abe din, kak chik, kimi, iwa, kimah,adi dan riha diantara yang berjaya sampai ke Dungun...
yang lain tak berjaya..hahah...tambah-tambah abe e...kata nok mitak cuti. tapi hempeh...haha...(tu la time dia konvo tok g sangat...)

petang tu kami berjalan-jalan kat kawasan Dungun...dan ternyata ayah lagi tahu selok belok Dungun..hahaha...

mereka bermalam di sebuah homestay 2 tingkat..(susah oo00..last minit cari homestay..semua homestay kat sini dah dbooking..alhamdulillah ada jugak..)

abe din frust sebab jarak homestay tu jauh sikit dari pantai...(tak po be..nati degree kah book awal-awal...hehhhe)

pada malam tu semua kawan-kawan berkumpul di rumah sewa kami...banyangkan 23 orang dalam satu rumah semi D berkembar...hahaha...tp best la...sebab dekat setahun kami tak jumpa...

dan malam tu huda belanja kami donatt...

dalam gambar, yaya,teha,huda, han,ismi n donut



30-1-2011

tibalah hari CONVOCATION itu...tapi saya punya sesi petang..
jadi tak perlu la terkejar-kejar..
aktiviti kami pagi tu ialah PHOTOSHOOT...
heheh..abe yom la photographernya...




dan dalam tengah hari abe yom menghantarku pulang untuk bersiap-siap..


dipendekkan cerita tiba lah masanya para graduan memasuki dewan.
wahh....perasaan masa tu hanya Allah yang tahu..

sampailah masanya pembahagian scroll...

157..Nik Nur Atikah Binti Nik Saleh @ Nik Abdullah


jeng....jeng..jeng...

tak sampai 5 minit duk d atas pentas...
tapi nak dapatkan sekeping diploma 3 tahun lamanya...
hahaha


"para graduan keluar dewan"



bersama teman-teman seperjuangan...





satu...dua...tigaa...







dann...
gambar yang paling epik yang belum dibuat oleh graduan lain 


idea: bionikhakimah....it was cool...right?



dan pada hari ini jugalah kak chik, abe din dan hakimi terpaksa balik ke kelantan sebab ada kematian..
(kak yah..kak ipar kak chik a.k.a mak saudara kimi....)
semoga arwah dicucuri rahmat..
"setiap yang hidup pasti akan mati"
alfatihah...



Wednesday, September 12, 2012

Tolong beri ku kekuatannn

Kenapa kebelakangan ni diri ini semakin sensitif
Sikit-sikit nangis...sikit-sikit nangis....
Tolong la kuat.....plizzzzzzz...

Seminggu sudah kurang makan....
Mana Nik nur atikah yang lepas....
Tolong la datang...merindui Nik nur atikah yang lepasss

Mungkin semua ini ada hikmah...
Allah buat semua ini untuk dekatkan diri ini padaNya...
Percaya dan yakin semua ini ada hikmah....

Buatlah sebaik- baik keputusan....
Bak kata cik...insyallah ada jalannya.....


-Allah adalah kekuatan....untuk mencari kekuatan cari lah Allah...-
-tika aku mengeluh mengatakan perjuangan itu pahit....sambutlah aku dengan menetapkan bahawa kejayaan itu manis....


Monday, September 10, 2012

.....

Bersabarlah wahai hati...
Ya Allah tika aku diuji dengan ujian..
. Kuatkan lah hati ku ini...

Monday, July 2, 2012

Tahniah!!

Alhamdulillah

[admin] Dewan Undangan Negeri Kelantan sebentar tadi telah memilih Puan Hajah Khairiah Mohamed sebagai Ahli Dewan Negara bermula 30 Jun 2012 bagi menggantikan Puan Mumtaz Nawi yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Puan Khairiah ialah bekas Penasihat Undang-undang MPKB-BRI. Beliau boleh dihubungi di :http://www.facebook.com/khairiah.mohamed  - via  http://www.facebook.com/nikaziz

Dewan s.u.k

 Syukur ya Allah, disaat aku sedih engkau hadiahkan aku dengan berita yang mengembirakan..

Tahniah kak long 
pikullah tanggungjawab ini dengan penuh istiqomah dan amanah..

Amin..



" aku jua bercita2 sepertimu walupun diri ini tidak sehebatmu"


Allah hadiahkan kita pelangi..


Assalamualaikum...



Kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat.
Kita menagis dan tertanya-tanya kemana hilang sinar.
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...

 semalam Allah telah menguji sejauh mana ketabahan ku..

dan hari in aku mendapat berita gembira..
Terima kasih Allah...

aku akui bahawa perhitungan Allah itu hebat...

subahanallah.. :)


terima kasih ada lagi yang sudi menegur...:)

Saturday, March 24, 2012

cuak~ T.T




have you ever feel like "cuak" ?
yes i am...

ari selasa minggu lepas..13 ari bulan 3 tahun 2012....pukul 5.00 petang

sebab..

TERTINGGAL IPAD DALAM LAB


******
sejarah memiliki iPAD 


awal bulan 3 tahun ni, my big brother (abe yom..orgnya kecik je) berikan bendalah tu..
setelah tak sampai setahun beliau gunakan...dalam 7@ 8 bulan gtu...lalu beliau berikan kepada beta..hohoho

(anggap ni hadiah konvo...hohoh)

ABE kamsamidaaa....saranghae.. <3 <3

******
ok berbalik cerita td...seriesly memang tak perasan langsung benda tu tak de kat tangan....
sampai la ke dewan inspirasi...

"eh mana buku2 nik??"

"????"

"ipad?"

"tinggal?"

"kat mana?"

"......."

and then terus berlari..mula-mula tempat yang dituju tandas...
sebab sebelum sampai ke dewan kami singgah ke tandas...

TAK DE

then berlari ke makmal..try nak buka pintu.....apasal ketat sangat...oh rupanya dah KUNCI...

"............."

pahtah balik ke dewan...

"ada dop nik?"

"kunci"

aina dan ismi tarik tangan nik 

"huh?"

"meh kita cari lagi"

then lari la lagi...sampai kat makmal..

"kunciii"

ismie ketok pintu takut-takut pegawai teknikal ada lagi..

aina ke bangunan sebelah untuk cari technician yang lain..

nik call syida(kawan masa uitm chendering..dia MPP non-Resident) mintak no technician ...
dan dia kata ada...cik farrah....

ismie buka pintu 

"eh..tak kunci pintu ni"

memang la tak kunci....tapi berpagar besi tu yang kunci..

intai punya intai...sah ipad ada dalam tu...

memang tertinggal dalam makmal...


..............

sementara tunggu dia hantar no cik farrah...

aina panggil

"nik kat bangunan sana ada lagi technician..."

then kami berlari ke bangunan sana..
mintak no encik Muhammad Bidin (technician yang bertugas kat bangunan tu.)

call punya call..tak angkat...

pastu dapat mesej dari syida...business card...cik farrah 

then terus call..

"assalamualaikum...cik farrah...saya student uitm dungun...
cik farrah technician bahagian makmal komputer ke?"

"ye saya...kenapa dik"

"cik farrah saya tertinggal benda dalam makmal.."

"makmal mana tu dik...

"makmal 210B"

"owhh...makmal tu cik mat bidin yang jaga"

"saya dah call tapi tak dapat".

"o0o0...saya memang tak pengang kunci makmal."

"owh ye ke....tak pe lah..susah kan akak je..terima kasih kak".

"sama-sama"

.......

"gano nik"

"cik farrah tak dop kunci".

"pahtu gano nik..."

"tawakkal je lah....esok kena mari sebelum pukul 8.00 pagi lagi.."

dalam perjalanan ke dewan aspirasi...

"kringg...hanawasta...mesejjunde kotachii...ahhahahah.."<---ringtone mesej

----salam dik...macam ni try call encik asmadi..ketua technician 01*-*******---

reply-terima kasih cik farrah

then call la en. asmadi..

"assalamualaikum..en asmadi...saya student uitm dungun...
en asmadi technician bahagian makmal komputer ke?"

"ye saya..kenapa"?

"macam ni cik asmadi...saya tertinggal benda dalam makmal...jdi just nak inform..kalau boleh tolong tengokkan"

"...o0o0...kat makmal mana?"

"makmal 210B"

"ok...kalu gtu esok awak mari sbelum pukul 8.00 pagi.."

"ok..cik asmadi...saya tertinggal IPAD dalam tu.."


"Ya Allah...saya ingat kan tinggal pendrive @ pancilbox....emm tak pe lah kalau gtu...malam ni saya g tgk..."

"owhh.....terima kasih en asmadi....terima kasih...terima kasih banyak-banyakkk...."

"ok lah...pkl 8 nanti awak peringat kat saya dehh..ok assalamualaikum"

"waalaikumusalam"


*****************

pengajaran yang boleh diambil :-

 O- jangan cuai dan hargailah benda yang diberikah
O- Allah tarik sebentar nikmat tu pun kita dah gelabah..
O-bila kita bertawakkal kepada Allah nascaya Allah akan membantu kita.





..gambar ini dilakon kan semula..

Tuesday, March 13, 2012

tawakkal...

insyallah selamat....
amin

Saturday, March 10, 2012

Negeri Kelantan..seindah nama mu

AKU BANGGA MENJADI ANAK KELANTAN v^_^v 

 ::..GEMERSIK PUISI INDAH OKI SETIANA DEWI..:: 

 NEGERI KELANTAN : SEINDAH NAMA MU 

 Negeri KELANTAN, 
Seindah NAMAmu,
Tanah Serendah Sekebun Bunga, 
Negeri Tadahan Wahyu.. 

Cik Siti Wan Kembang, 
Cukup Indah Namamu, 
Seindah Negerimu... 

Duhai WAJAHmu Yang Indah,
Persis Jeddah,
Yang Pernah Kulewati..

 TAAT Menjunjung AL-QURAN, 
Teguh Menggalas SYARIAT, 
Yang Tidak Pernah Goyah.. 

Tersentuh HATI KUDUSku, 
Lantaran Aku Disini,
Biartidak Pernah Kuduga, 
Bertemu Dengan Seorang ULAMA’ ,
Yang Dicintai RAKYAT.. 

Lalu KUNTUM RINDU Yang Lama Tersimpan, 
Terubat Jua Akhirnya,
Biar SeKELUMIT CINTA.. 

 Beruntung RAKYATnya, 
Menumpah Teduh Seorang ULAMA’, 
Yang LEMBUT Tapi Tegas BerIBADAT,
Yang PENGASIH Namun tak goyah Pada Percikan KeALPAAN DUNIA.. 

 Pasti Aku Merinduimu Lagi, 
Entah Kapan Bisa Diubati, 
Cuma SeTIPIS DOA Bisa Kutitip Buatmu, 
Memacu MEMBANGUN ISLAM BERSAMA... 

 [ Oki Setiana Dewi,Bicara Selebriti 9 March 2012, Kelantan]

Tuesday, January 10, 2012

Allahumusta'an

s.a.k.i.t

ya allah kuatkan lah hamba mu ini..
permudahkan lah perjalanan hidup ini...
amin..

Allahumusta'an