Friday, December 30, 2011
Sunday, December 18, 2011
tudung/hijab
Sunday, December 11, 2011
definitly!
Tuesday, December 6, 2011
6 disember + 10 muharam = sanah helwah
hari ini bertambah lagi usiaku,
hari ini akn bertambah jua tanggungjawabku, ...
Hari ini Allah tlh memendekkan lagi jarakku denganNya,
smakin berkurang tempoh utk beramal,
semakin kubur mempersiapkan tempat untukku,
semakin bersedia malaikat maut dtg menjemput,
semakin dekat masa amalan diperhitung...
dan smakin hampir haruman firdausi atau azabnya neraka jahanam...
...salam 10 muharam...
Saturday, November 12, 2011
Saturday, October 29, 2011
pre convo
Friday, October 21, 2011
kami berempat kanak-kanak "buas"
*****************
Friday, September 16, 2011
degree
sudah hampir seminggu saya berada di dungun..
dibawah satu bumbung yang bertemankan 11 orang adikk beradik...
aina, han, ema, atie, fara, nini, nina, ain, azy dan ismie...
.....saya rasa hepi.......
sebab dapat masak sendiri...(hohoho)
sebab belajar berjimat eletrik dan air..(sebelum ni susah nak off suis)
sebab dapat rasa beli makanan dapur..(buat stok..)
sebab rasa diri ini paling up sikit umurnya...(hahhaha)..
sebab rumah kami dekat dgan pantai..(eleh macam tak biasa)
sebab pagi2 dapat naik van uitm..(tambang singgit sorang)
sebab belum apa-apa lagi kami empat orang kena tinggal...(diorang balik kampung)
sebab class dekat dungun jauhhhh..(tapak kasut dah nak haus...kena beli yang baru)
sebab ada tv tapi tak leh guna..(tuan dia cakap kena pasang asrto)
sebab kena berebut tandas...(tandas ada 2 je...kami 11...:D )
sebab banyak lagi....hahahahah
ya Allah, ya Rahman, ya Rahim...
yakinkan lah aku untuk menempuh alam degree....
berikanlah kekuatan kepadaku ya Allah..
lindungilah kami dari segala kejahatan...
kuatkanlah semangatku ya Allah..
istiqamahkanlah aku untuk menuntut ilmu baruMu ini..
permudahkanlah segala urusan ku...
Amin...Amin...amin ya Allah..
Friday, August 26, 2011
doa perpisahan...
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu
Tuesday, August 23, 2011
wanita dan lailatulqadar
23 ramadhan...
+++++++++
Beruntunglah siapa yg beramal ibadah di malam 'LailatulQadar'.
Kaum lelaki Muslimin yg biasanya beriktikaf di masjid di 10 malam terakhir Ramadhan.
Bagaimana pula kaum perempuan Muslimat yang kebetulan ber'cuti' tidak dapat ke masjid di malam itu??
jika malam lain pun banyak ibadahnya, insyaAllah pada malam itu juga Allah berikan pahala yang sama banyak seperti yang dia dapat setiap malam dan digandakan pula jika berkebetulan malam al-Qadr.
bukan dia yang malas beribadat tetapi ketentuan Allah yang menghalangnya beribadat, maka Allah berhak menggantikan ruang amalannya dengan ganjaran.
beruntunglah bagi perempuan yang melazimi ibadah. bagaimana dengan yang memang malas, hanya berniat nak beribadat 10 akhir ramadhan tup-tup cuti? dia dapat pahala niat, Allah maha mengetahui dan maha berkuasa untuk mengganjarinya.
selain daripada itu, mereka juga boleh ibadah zikir, taat mak ayah, banyak lagi amalan ketaatan lain yang boleh dibuat ketika cuti. boleh baca buku, dengar ceramah, tengok al-Quran, tengok kaabah, tengok ibu bapa, tengok suami, menulis untuk membantu ugama Allah, berbincang tentang ilmu, menghadiri majlis ilmu. tgk MasyaAllah...banyak sungguh!
Wednesday, August 3, 2011
ahlah wasahlan ya ramadhan*
puasa tahun ini sangat menarik..
sbb saya berpuasa sambil bekerja...
tak tahu nak cakap apa...
jom kita layann..
Friday, July 29, 2011
Monday, July 4, 2011
degree.
Syukur Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…
30aribulan 6..”org cakap tak nak..tak nak lahh!!!~”..<----ringtone mesej..
-nik….chek doh ko keputusan degree?.”
“elah nik duk lain ni…tok duk kat rmh..tubik doh ko?”
"tahu lah saim aku oyak tubik doh..”…
nik tok leh chek lagi la elah…nik duk Cameron…”.
++++++++++++++++++++
bila dah dapat line internet..
taraaa~~~
dungun..
Friday, May 6, 2011
perjalanan seorang mahasiswa_part one_
3 tahun sudah perjalanan nik sebagai seorang mahasiswa ...pejam celik...pejam celik...cepat nya masa berlalu...
nik ingat lagi....waktu terima tawaran kemasukan ipta....mak saudara datang ke rumah...
"eh...kah cek dok ke tawaran masuk u?..." ...."ari ni ko result tubik?.."
...hom la...
tanpa membuang masa nik masuk bilik abe e...buka laptop...masuk laman MOHE...
“TAHNIAH ANDA TELAH DITAWARKAN DALAM PROGRAM PENGURUSAN TEKNOLOGI PEJABAT”
tekan butang terima jika setuju…
klik…”SETUJU”..
**********
Saturday, April 23, 2011
gotong royong...
*********************
saya: ahmad...mana basikal kimi..??..."
fuh...lapah pusingan....tanpa henti....berpeluh-peluh....
tiba-tiba..
ayah:...uh..uh..uh....dari naik basikal..baik ikut ayah tebe poko belake nuh..."
tett!!~~....hahha..kan dah kena....padan muka ^_^....
dengan menurut perintah....saya ikut ayah dari belakang...
ayah:..hakimah dgan nabil mana??..g panggil gih...nok kaut sampah sekali..".
dan
ini lah hasilnya...
(owh rupanya ada repoter ....credit to arisya merangkap ank saudara yang comel)
[biarlah gambar yang bukti kah....hehehheheh]
[cik bersama bam bil]
[cik bersama bam bil lagi]
[erkk....yang duduk tu sapa ehh~~]
[no komen]
[cik bersemangat sekali]
[owh...yang duduk tadi...la..hakimah rupanya..]
[si ayah menunjukkan skill nya..]
[erkk..mana kaki cik??]
[ini adalah ketua kami...haahhaha]
p/s:buat abang ipaku...abe nazri......sudah terbuktikah anda....hehhehe...^_^????
Monday, April 11, 2011
saya ada....awak???
salam semua...
kali ni saya nak tunjuk kat semua orang yang saya ada
dan mungkin awak semua tiada...
dan mungkin akan membuatkan awak-awak semua cemburukan saya
hehehehe...
awak ada??...saya ada...
betul...
saya rasa saya seorang yang bertuah...
sebab saya dianugerahkan keluarga yang besar..
awak ada..???..saya ada...
dulu masa kecik-kecik...
masa mula2 masuk sekolah (hari pertama..sekolah rendah)
cikgu ada tnya...
16...betul ke...
saya malu-malu untuk mengiakanya...
dulu masa dah besar sikit...
masa mula-mula masuk sekolah (hari pertama...sekolah menengah)
kalau lalu depan kelas senior..
"awak adik rabihah ek??"
"awak adik nik khairi ek??"
"awak adik nik najmi ek?"
"awak adik nik fathi ek?"
"eh itu adik awak ek???."
dengan malu-malu saya mengiakanya.
dulu masa dah nak dewasa...
masa mula-mula masuk universiti.(tak ingat hari keberapa)
kami bercakap-cakap mengenai keluarga..
SAYA-"awak kalau nak call no rumah saya...
jangan pula awak kata nak cakap dengan nik...
sebab dkt rumah tu ada 18 orang nik...hahhaha".
KAWAN-"wah....ramai nya adik beradik awakkk"
SAYA-"emmm....16...kenapa?...tak percaya...hahaha"..
sekarang saya tidak lagi malu..
malah saya bangga...
sebab saya ada keluarga yang besar...
awak ada??..saya ada...
*cik, ayah, abe, kak, dengan adik*
awak ada....??saya ada...
gambar diambil pada hari raya pertama tahun 1999
Monday, April 4, 2011
yang ku mahu
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Friday, April 1, 2011
Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
++++++++
Thursday, March 31, 2011
Ya Allah ampuni lah dosa hambamu ini...
Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
Friday, March 25, 2011
bisikan hati seorang wanita.~
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian
sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi,
aku juga punyai keinginan seperti gadis lain
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagi ahli syurga,
memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s.
yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz,
Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu,
kali pertama kita berpandangan.
Itu janji Allah.
Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku,
kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.
Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak,
cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri
atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi,
kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,
menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah
atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri.
Itu impianku.
Aku pasti berendam air mata darah
andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Bukan itu yang ku impikan.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu.
Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya.
Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia.
Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu.
Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu
membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawabmu.
Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu.
Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.
Itu lebih bermakna...
...amin..
Tuesday, March 15, 2011
benda itu..
15 mac 2011..."kakak sanah elwah"....
hari ni besday anak saudara ku yang ke dua...anak kepada pasangan zakaria muhammad dengan nik ruhana nik abdullah..
***************
hari ini dengan bangganya saya melangkahkan kaki dari rumah..
kerana....
saya sendiri pun tak pasti...
tapi hati tetap teguh walau ada yang menegur..
sebenarnya benda ini tidak lah se suprise mana...
sebab untuk pengetahuan semua benda ini sudah diamalkan waktu berada di kampus...
iya..benar..sungguh..dan..sengoti..
----------------------
benda itu adalah lambang pelajar sekolah agama...
yang selalu melindungi kepala ku...
yang selalu mengawasi ku..
yang selalu membuatkan membantuku..
yang selalu menjaga kelakuanku...
---------------------
benda ini telah lama ku simpan....
tidak ku sentuh lagi selepas kaki melangkah ke sekolah teknik..
tidak terfikir dek fikiran bahawa ku akan sentuhnya kembali..
tidak telintas oleh akal untuk menyarungnya kembali..
****************************
****************
benda ini telah ku temui semula..
sewaktu saya mengemas baju untuk di bawa ke satu program di kampus ku...
benda ini terjatuh dari rak..
dan tangan terautomatik mencapainya..
"emm...lama doh dop pakai...bawak sekali la"...
--------------------------------------
benda itu membuatkan aku rasa yakin..
"kak nik....sesuai dengan kak nikkk..."
"eh..nik ko nie....."
"mc nik come laa...."..
"dop sesuai la mc nik ..."...
------------------------------------
sudah lama ku mahu menyarung benda itu kembali..
tapi sepupuku telah mendahuluiku....
dan membuatkan aku rasa begitu yakin..
terima kasih sepupu...:)
------------------------------------
dan hari ini 15 mac 2011 saya menyarung ia kembali...
dengan bangga saya berjalan...
dengan yakin ku melangkah..
dengan teguh ku berdiri....
+++++++++++++++++
bukan pujian yang ku pinta...
bukan upatan yang ku mahu...
cuma sekerat doa...agar suatu hari nanti benda itu sentiasa akan melindungi ku...
Wednesday, March 2, 2011
hati yang ku rindui
seperti biasa datang office buka facebook...
than terbaca satu post yang dipostkan oleh wartawan ummah..
pastu buka blog and paste kat sini sebab nak kongsi untuk semua....
espesialy for ex budak sekolah arab Panchor..
jom kita terjah...
***********
Sesuatu tentang budak sekolah agama kita (Khas untuk ex-sekolah agama)
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) Ini bukan entri diskriminasi sekolah (eh?)
(Entry ini mahu membuka minda sebentar)
Entry ini tidak hanya terhad untuk pembaca yang bersekolah agama dan ex-sekolah agama sahaja, tapi juga sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan jantina selagi anda masih bergelar orang Islam. Diharap sama-sama dapat berfikir sejenak.
(suka hati je edit pantun tak kena rentak T___T, layan je lah)
Zaman sekolah 'ana-enti'
Sekarang hilang diterbang angin
'Aku-engkau' jadi pengganti
Entah bila nak sopan balik
Bertudung labuh ayu sentiasa
Ikhlas atau peraturan semata
Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka
Entah bila nak ayu balik
Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa yang ustaz ajar
Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog)
"Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?"
Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?
Macam tu laa kalau rasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah agama
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu bagus sangat ke?"
Itulah realiti budak sekolah agama
Majoriti terkejut dengan dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja
"Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!"
Parents hantar anak sekolah agama, SMA, SAM, SMKA, SBP sekolah beragama niatnya nak jadikan anak orang berguna, hajatnya nak jadikan si anak berakhlak mulia.Agaknya apply masa sekolah agama je kot, sebab lepas dah kenal dunia luar masing-masing dah lupa diri. Tak cakap orang lain, diri sendiri pon sama. Sebab saya sendiri berpeluang merasai tarbiah sekolah agama, maka saya tahu bagaimana suasananya. Ya, zaman yang ditarbiah. Kita diajar untuk mengenal dosa pahala. Tapi semua tu hanya bertahan dalam pagar sekolah je.
Selepas keluar sekolah agama, ilmu yang dipelajari seakan tersekat untuk diaplikasi di luar. Walau stok sekolah agama, tapi perangai macam tak pernah nak berubah. Salah siapa? Hidayah semacam ditarik balik oleh Allah. Ilmu seakan disejat kembali oleh Allah, seolah-olah apa yang dipelajari telah hilang digantikan dengan ilmu-ilmu negatif. Tak payah tanya lah tentang tudung labuh, dah buat kain buruk agaknya. Sesetengahnya pakai tudung labuh tak pernah nak ikhlas, merungut je. Jujur bertanya, tidak rindukah pada tudung labuh anda? Perlindungan anda sewaktu ketika dulu?
Saya tak cakap semua begitu, namun ini realiti. Saya melihat dengan kedua mata, saya menulis dengan mata hati. Sedangkan di sekolah dialah BADAR (Badan Dakwah dan Rohani-dikenali sebagai stok-stok budak alim) bercakap punyalah hebat pasal akhlak, pasal couple, pasal isu semasa, tup tup, bila jumpa di luar, semuanya seakan berubah sekelip mata. Tudung yang labuh telah jadi selendang yang nipis sehingga nampak lehernya dan rambutnya. Baju yang dipakai longgar semasa disekolah diketat-ketatkan. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dalam perubahan emosi mereka. Kata dulu, NO COUPLE, HARAM! tup tup, kita tahu dia tayang gambar dekat facebook. Sopannya sekarang ni. Itu tak kira lagi tanggal tudung labuh then free hair, or pakai baju sexy tayang dalam facebook. Sangat tidak patut. Saya akan terangkan lagi isu ini panjang lebar dalam entri akan datang; BINGKISAN UNTUK PARA DAIE' PART II: AKU NAK DAKWAHKAN KAU. (cewah macam dalam majalah SOLUSI pulak rasanya, ehe)
Tak bermakna semua budak sekolah agama begitu, ada juga yang tetap hebat.Ada juga semakin hebat. Tak kata semua, ini major. Berapa kerat dari kita yang tetap mengamalkan ilmu? Saya tak cakap saya juga lengkap, tapi itulah, masih dalam proses perubahan. Setiap hari mentarbiah hati untuk kekal berada dalam hidayah-Nya. Budak sekolah biasa lagi excellent akhlak dari budak sekolah agama. Come on, budak sekolah agama, bangkitlah dengan ilmu yang kita pelajari, jangan jadi semakin sesat!
[zaman sekolah] bertukaaaaarrr.... [zaman universiti]
Cuba nilai kembali, perubahan kita. Adakah ianya negatif ataupun positif. Fenomena ini seakan semakin merebak tanpa disedari. Pesanan saya kepada budak-budak sekolah agama yang bakal keluar, pandai-pandai jaga diri, pandai-pandai apply hukum halal haram bila keluar nanti. Bila stay sekolah agama ni alhamdulillah, ada yang menegur, bila kita keluar nanti, lagi-lagi kita dapat kawan yang tak berapa ambil berat tentang Islam ni, tak ada siapa yang nak tegur. Appreciate kawan-kawan yang tegur. Ingat satu je, kalau ada yang tegur kita, itu tandanya Allah sayangkan kita. Didatangkan teguran semacam itu sebagai peringatan kepada kita dari Allah melalui manusia. Kalau tak ada yang tegur, faham-faham je lah. Itu tandanya Allah nak tambahkan lagi kesesatan kita. Ini bahaya.
Berdoalah supaya kita terus kekal dalam landasan syariat-Nya, diharapkan jangan terpesong walaupun setelah mengenali dunia luar. Buat ex-ex sekolah agama, pandai-pandai menilai tindakan diri, jangan buat perkara yang membinasakan diri dan hati. Waallahu'alam~ =)
p/s: Tak kisah mana-mana pon kita sekolah, sekolah biasa ke, sekolah agama ke, asal tahu jaga diri, hukum halal haram itu sudah cukup untuk menjadikan akhlaknya cemerlang. Di manapun kita berpijak, ingat Allah sentiasa melihat kita, baru kita takut nak buat seleweng segala.
***********