Thursday, March 31, 2011

Ya Allah ampuni lah dosa hambamu ini...


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Friday, March 25, 2011

bisikan hati seorang wanita.~


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian
sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi,
aku juga punyai keinginan seperti gadis lain
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagi ahli syurga,
memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s.
yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz,
Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu,
kali pertama kita berpandangan.
Itu janji Allah.
Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku,
kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.
Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


Permintaanku tidak banyak,
cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri
atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi,
kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,
menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah
atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri.
Itu impianku.
Aku pasti berendam air mata darah
andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Bukan itu yang ku impikan.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu.
Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya.

Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia.
Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu.
Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu
membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawabmu.
Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu.
Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya.
Itu lebih bermakna...

...amin..

Tuesday, March 15, 2011

benda itu..

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

15 mac 2011..."kakak sanah elwah"....

hari ni besday anak saudara ku yang ke dua...anak kepada pasangan zakaria muhammad dengan nik ruhana nik abdullah..

***************
hari ini dengan bangganya saya melangkahkan kaki dari rumah..

kerana....

saya sendiri pun tak pasti...

tapi hati tetap teguh walau ada yang menegur..

sebenarnya benda ini tidak lah se suprise mana...

sebab untuk pengetahuan semua benda ini sudah diamalkan waktu berada di kampus...

iya..benar..sungguh..dan..sengoti..

----------------------

benda itu adalah lambang pelajar sekolah agama...

yang selalu melindungi kepala ku...

yang selalu mengawasi ku..

yang selalu membuatkan membantuku..

yang selalu menjaga kelakuanku...

---------------------

benda ini telah lama ku simpan....

tidak ku sentuh lagi selepas kaki melangkah ke sekolah teknik..

tidak terfikir dek fikiran bahawa ku akan sentuhnya kembali..

tidak telintas oleh akal untuk menyarungnya kembali..

****************************
****************

benda ini telah ku temui semula..

sewaktu saya mengemas baju untuk di bawa ke satu program di kampus ku...

benda ini terjatuh dari rak..

dan tangan terautomatik mencapainya..

"emm...lama doh dop pakai...bawak sekali la"...

--------------------------------------

benda itu membuatkan aku rasa yakin..

"kak nik....sesuai dengan kak nikkk..."

"eh..nik ko nie....."

"mc nik come laa...."..

"dop sesuai la mc nik ..."...
------------------------------------

sudah lama ku mahu menyarung benda itu kembali..

tapi sepupuku telah mendahuluiku....

dan membuatkan aku rasa begitu yakin..

terima kasih sepupu...:)

------------------------------------

dan hari ini 15 mac 2011 saya menyarung ia kembali...

dengan bangga saya berjalan...

dengan yakin ku melangkah..

dengan teguh ku berdiri....

+++++++++++++++++

bukan pujian yang ku pinta...

bukan upatan yang ku mahu...

cuma sekerat doa...agar suatu hari nanti benda itu sentiasa akan melindungi ku...

Wednesday, March 2, 2011

hati yang ku rindui

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

seperti biasa datang office buka facebook...

than terbaca satu post yang dipostkan oleh wartawan ummah..

pastu buka blog and paste kat sini sebab nak kongsi untuk semua....

espesialy for ex budak sekolah arab Panchor..

jom kita terjah...

***********

Sesuatu tentang budak sekolah agama kita (Khas untuk ex-sekolah agama)

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) Ini bukan entri diskriminasi sekolah (eh?)

(Entry ini mahu membuka minda sebentar)

Entry ini tidak hanya terhad untuk pembaca yang bersekolah agama dan ex-sekolah agama sahaja, tapi juga sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan jantina selagi anda masih bergelar orang Islam. Diharap sama-sama dapat berfikir sejenak.

(suka hati je edit pantun tak kena rentak T___T, layan je lah)

Zaman sekolah 'ana-enti'

Sekarang hilang diterbang angin

'Aku-engkau' jadi pengganti

Entah bila nak sopan balik

Bertudung labuh ayu sentiasa

Ikhlas atau peraturan semata

Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka

Entah bila nak ayu balik

Cakap siang pandang-pandang

Cakap malam dengar-dengar

Batas pergaulan makin berkurang

Dah makin lupa apa yang ustaz ajar

Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali

Batas pergaulan punyalah jaga

Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog)

"Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?"

Bila ditegur angin satu badan

Konon sudah tahu belaka

kalau dah tahu kenapa teruskan

Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu laa kalau rasa diri hebat

Nama pun lepasan sekolah agama

"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,

Kau ingat kau tu bagus sangat ke?"

Itulah realiti budak sekolah agama

Majoriti terkejut dengan dunia luar

Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja

"Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!"

Parents hantar anak sekolah agama, SMA, SAM, SMKA, SBP sekolah beragama niatnya nak jadikan anak orang berguna, hajatnya nak jadikan si anak berakhlak mulia.Agaknya apply masa sekolah agama je kot, sebab lepas dah kenal dunia luar masing-masing dah lupa diri. Tak cakap orang lain, diri sendiri pon sama. Sebab saya sendiri berpeluang merasai tarbiah sekolah agama, maka saya tahu bagaimana suasananya. Ya, zaman yang ditarbiah. Kita diajar untuk mengenal dosa pahala. Tapi semua tu hanya bertahan dalam pagar sekolah je.

Selepas keluar sekolah agama, ilmu yang dipelajari seakan tersekat untuk diaplikasi di luar. Walau stok sekolah agama, tapi perangai macam tak pernah nak berubah. Salah siapa? Hidayah semacam ditarik balik oleh Allah. Ilmu seakan disejat kembali oleh Allah, seolah-olah apa yang dipelajari telah hilang digantikan dengan ilmu-ilmu negatif. Tak payah tanya lah tentang tudung labuh, dah buat kain buruk agaknya. Sesetengahnya pakai tudung labuh tak pernah nak ikhlas, merungut je. Jujur bertanya, tidak rindukah pada tudung labuh anda? Perlindungan anda sewaktu ketika dulu?

Saya tak cakap semua begitu, namun ini realiti. Saya melihat dengan kedua mata, saya menulis dengan mata hati. Sedangkan di sekolah dialah BADAR (Badan Dakwah dan Rohani-dikenali sebagai stok-stok budak alim) bercakap punyalah hebat pasal akhlak, pasal couple, pasal isu semasa, tup tup, bila jumpa di luar, semuanya seakan berubah sekelip mata. Tudung yang labuh telah jadi selendang yang nipis sehingga nampak lehernya dan rambutnya. Baju yang dipakai longgar semasa disekolah diketat-ketatkan. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dalam perubahan emosi mereka. Kata dulu, NO COUPLE, HARAM! tup tup, kita tahu dia tayang gambar dekat facebook. Sopannya sekarang ni. Itu tak kira lagi tanggal tudung labuh then free hair, or pakai baju sexy tayang dalam facebook. Sangat tidak patut. Saya akan terangkan lagi isu ini panjang lebar dalam entri akan datang; BINGKISAN UNTUK PARA DAIE' PART II: AKU NAK DAKWAHKAN KAU. (cewah macam dalam majalah SOLUSI pulak rasanya, ehe)

Tak bermakna semua budak sekolah agama begitu, ada juga yang tetap hebat.Ada juga semakin hebat. Tak kata semua, ini major. Berapa kerat dari kita yang tetap mengamalkan ilmu? Saya tak cakap saya juga lengkap, tapi itulah, masih dalam proses perubahan. Setiap hari mentarbiah hati untuk kekal berada dalam hidayah-Nya. Budak sekolah biasa lagi excellent akhlak dari budak sekolah agama. Come on, budak sekolah agama, bangkitlah dengan ilmu yang kita pelajari, jangan jadi semakin sesat!

[zaman sekolah] bertukaaaaarrr.... [zaman universiti]

Cuba nilai kembali, perubahan kita. Adakah ianya negatif ataupun positif. Fenomena ini seakan semakin merebak tanpa disedari. Pesanan saya kepada budak-budak sekolah agama yang bakal keluar, pandai-pandai jaga diri, pandai-pandai apply hukum halal haram bila keluar nanti. Bila stay sekolah agama ni alhamdulillah, ada yang menegur, bila kita keluar nanti, lagi-lagi kita dapat kawan yang tak berapa ambil berat tentang Islam ni, tak ada siapa yang nak tegur. Appreciate kawan-kawan yang tegur. Ingat satu je, kalau ada yang tegur kita, itu tandanya Allah sayangkan kita. Didatangkan teguran semacam itu sebagai peringatan kepada kita dari Allah melalui manusia. Kalau tak ada yang tegur, faham-faham je lah. Itu tandanya Allah nak tambahkan lagi kesesatan kita. Ini bahaya.

Berdoalah supaya kita terus kekal dalam landasan syariat-Nya, diharapkan jangan terpesong walaupun setelah mengenali dunia luar. Buat ex-ex sekolah agama, pandai-pandai menilai tindakan diri, jangan buat perkara yang membinasakan diri dan hati. Waallahu'alam~ =)

p/s: Tak kisah mana-mana pon kita sekolah, sekolah biasa ke, sekolah agama ke, asal tahu jaga diri, hukum halal haram itu sudah cukup untuk menjadikan akhlaknya cemerlang. Di manapun kita berpijak, ingat Allah sentiasa melihat kita, baru kita takut nak buat seleweng segala.

***********

masa baca benda ni hati terasa rindu pada semua kawan2 sekolah smu (a) tarbiah mardiah panchor...

macam mane mereka sekarang.??

adakah masih seperti dahulu.??

masih ingatkah kepada ku???

****************

ya Allah panjang kan la perkenalan kami..




Tuesday, March 1, 2011

semagat kami

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


masa balik dari kerja tadi saya tersepak kotak air milo...Align Center

tiba2 teringat kenangan2 dulu

waktu sebelum final account...

nini belanja kami air kotak milo untuk hilang streess..

kami seramai (berapa orang ek...tak ingat..nik. aina. han, ema, fara,nini, nina. marni, atie, lagi??...memori blank...~) berkongsi sekotak air milo dan semua dapat merasai...

dan alhamdullilah kita semua berjaya menghabis kan kertas account(subjek yang agak killer untuk kami...erkk..kami???...saya....hehheehe)

ini semua kerana...AIR KOTAK MILO....~~




minum milo anda jadi kuat dan sihat~~

p/s: ini bukan lah iklan milo...memori semata-mata..

hamba yang keliru.

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ya Allah dikala hamba mu ini sedang kekeliruan..

diantara pilihan yang bijak..

apakah yang harus ku laku

aku memohon petunjukmu..

ya Allah sesungguhnya engkau maha mengerti...